Tuesday, August 25, 2009

fall in LOVE??

Macam mana rasa bila jatuh cinta? Fall in love..urmm, rasa dunia kita yang punya kan. Rasa dunia berhenti berputar, macam bagi penghormatan la kunun. Tapi orang kata, bila kita dah cinta, kasih dan sayang kat somebody tu, kita akan cuba menjaga hati dan perasaannya dengan sebaik mungkin melebihi menjaga hati sendiri. Walaupun pada waktu tu kita sedang marah kan dia or perbuatannya, marah tu sekejap je. Tak sampai hati nak marah buah hati kita tu lama-lama. Ala, macam lagu Black ”dua hati menjadi satu”. Walaupun marah, kita akan cuba kawal kemarahan sebab tak sanggup tengok dia diamarahi. Kalau marah pun, sekejap je la. Bangun pagi-pagi dah hilang rasa marah tu. Ya la, macam mana nak marah kalau perasaan cinta, rindu dan sayang melebihi rasa marah kan. Rasa rindu kat somebody tu sangat kuat melebihi rindu pada family pula kan. Hanya orang yang pernah jatuh cinta je akan faham perasaan tu. Bangun pagi, perkara pertama yang terlintas kat fikiran ni, hanya dia. Kalau dah lama tak jumpa dia, semua benda tak menjadi, asyik nak mengamuk aje.

Satu lagi ni, apabila teringatkan dia secara automatik jantung kita akan berdegup kencang seolah-olah dah tak nak berhenti. Jantung berdegup kencang sebab takut dia dirampas atau jadi milik orang lain. Bila jumpa dia mula la tersipu-sipu malu. Semua benda tak kena, nak cakap lain tercakap lain. Lepas tu mula la asyik senyum, tersengih-sengih..hu3. Apabila mendengar suaranya, kita akan tersenyum tanpa sebab. Macam orang sakit jiwa, angau semacam. Kalau ternampak something yang ada kaitan dengan kenangan bersama mula la tersenyum sorang-sorang. Apabila melihat dia, kita tidak akan peduli orang sekeliling dan kita akan hanya nampak dia seorang. Walaupun datang lelaki or perempuan secantik mana pun, dia tetap paling kacak or cantik dimata kita.

Lepas tu mula la berjinak-jinak dengar lagu balada jiwang walaupun sebelum ni kita kutuk giler sape2 yang dengar lagu jiwang..ha3. Lagu yang lirik-liriknya berkaitan cinta rasa macam kena aje dengan kisah cinta kita di samping kita akan senyum sorang-sorang. Yang paling best, kita akan terhidu-hidu bau dia. Even selisih dengan orang lain pun tapi kalau dia pakai perfume yang sama..rasa macam dia ada di samping kita pula dan selalu merindui bau dia..satu lagi, kita akan still teringat sifat manja dia..sweet sangat. Even segagah mana pun dia sebagai lelaki tetapi dia ibarat kanak-kanak kecil yang inginkan belaian dan kasih sayang. So, kalau kita dah terlanjur cinta kat somebody tu jagalah hati dia elok-elok. Dan jangan terfikir untuk tinggalkan dia or putuskan hubungan hanya disebabkan satu salah faham or perkara yang remeh temeh. Bukan senang nak mendapatkan sekeping hati yang luhur.. semoga saya temui cinta saya

Monday, August 24, 2009

JADiLAH

jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari satu bunga ke satu bunga yang lain, dari satu tangkai ke satu tangkai yang lain dan dari satu taman ke satu taman yang lain.

Atau jadilah seperti lebah, makan dari yang baik dan mengeluarkan yang baik. bila hinggap pada ranting, ia tidak mematahkannya, menghisap sari bunga tanpa menyegatnya, mengeluarkan madu tanpa menyegat, terbang dengan membawa kecintaan, dan hinggap dengan membawa kasih sayang. Ia mempunyai suara dengungan bagaikan berita gembira dan suara desingan bagaikan ungkapan kepuasan, seakan-akan ia bagaikan malaikat yang ada di langit turun ke bumi dari alam yang kekal.

NALURi WANiTA KU

Pada waktu, saat, detik dan ketika ini saya merasakan satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Suatu rasa yang saya sendiri sukar untuk memahaminya walaupun rasa itu datang dari hati kecil saya sendiri. Rasa sebak tapi sukar untuk saya menitiskan air mata. Jadi, untuk mengurangkan rasa itu, saya teringin menulis tentang program yang saya dengan kawan-kawan laksanakan hari sabtu lepas. Hanya dengan cara ini perasaan saya akan beransur-ansur hilang dan reda walaupun tidak sepenuhnya. Berbalik kepada program yang kami sudah selesai laksanakan hari sabtu lepas iaitu hari pertama puasa. Kami bertujuh bertolak pada pukul 8.30 pagi ke rumah anak yatim Jasa di Ipoh untuk melaksanakan misi kemanusiaan kami. Kami menyewa dua buah kereta untuk ke sana. Semasa perjalanan, terdetik juga disanubari saya bagaimana penerimaan mereka dengan kedatangan kami ini. Rupanya kami disambut dengan baik dan penuh kemesraan. Sebaik tiba, kami melihat adik-adik telah sedia menunggu kami dan mendekati kami untuk bersalam.

Naluri keibuaan saya tersentuh apabila melihat seorang adik berumur 6 tahun datang menyalami saya dengan pandangan matanya redup membuatkan saya rasa sebak sekejap. Sepanjang program kami ini, saya sangat menghormati semangat kerjasama antara mereka walaupun mereka sebenarnya tiada tali persaudaraan. Melihat kepada kesungguhan mereka untuk memasuki kelompok kami dan sifat berdikari mereka sangat saya kagumi. Begitu juga dengan adik-adik yang berumur 6-8 tahun, mereka kelihatan telah biasa hidup tanpa ibu dan ayah yang bagi saya sangat muda untuk hidup tanpa kasih sayang keduanya.

Naluri saya tersentuh lagi apabila melihat empat beradik yang dihantar ke rumah anak yatim tersebut seolah-olah mereka dibuang daripada keluarga sendiri. Semasa dalam slot capaian matlamat, saya melihat kepada satu pasangan ini iaitu seorang remaja lelaki berumur 17 tahun menolong mencatatkan cita-cita seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 7 tahun kerana adik tadi tidak tahu menulis. Betapa kagumnya saya melihat kesabaran remaja lelaki tadi melayan karenah adik tadi walaupun keduanya tiada pertalian. Mereka saling menumpang kasih sayang, berkongsi segalanya. Banyak yang saya perhatikan sepanjang program ini, mereka sangat sukakan pujian dan sifat ego mereka sangat ketara. Hal ini mungkin kerana kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada individu signifikan menjadikan mereka agak ‘keras’ dan berdikari. Saya merenung diri saya sendiri, betapa beruntungnya saya kerana dilimpahi dengan kasih sayang dan kemewahan yang tiada berbelah bagi.

Berfikir saya sejenak, agaknya bolehkah saya menghadapi hari-hari tanpa kedua ibu bapa pada usia yang masih terlalu muda. Mungkin saya tidak setabah adik-adik ini yang berperang dengan perasaan sendiri tentang di mana hak mereka sebagai anak-anak yang dilahirkan ke muka bumi ini. Di rumah anak yatim ini, terdapat juga anak-anak yang menjadi mangsa penceraian selain daripada kematian ibu atau bapa. Sepanjang program ini, kami mencuba sedaya upaya yang termampu kami untuk menceriakan hari mereka dan memotivasikan mereka bahawa mereka bukan satu-satunya insan terpilih untuk diuji oleh ALLAH.

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan kerana ALLAH tidak akan menguji hambaNYA melainkan dia mampu untuk menghadapinya. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman, dan setelah malam pasti datang siang. Sesungguhnya awan kelabu pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi, dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin ALLAH.

Sesungguhnya kebahagian yang hakiki terletak pada kepuasan hati, kesenangan perasaan, ketenangan jiwa, kegembiraan rohani, kelapangan dada, budi pekerti yang baik, akhlak mulia yang diiringi dengan sifat menerima dan merasa cukup dengan anugerah yang diberikan. Saya selalu mengingatkan diri saya sendiri untuk menerima seredhanya setiap dugaan yang diberikan oleh NYA. kat bawah ni antara gambar yang sempat kami rakamkan. Salam.







Wednesday, August 12, 2009

RASULULLAH S.A.W dan PENGEMIS YAHUDI BUTA

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.