Thursday, January 22, 2009

video




HIDUP TANPA WANITA


Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun Women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandung-kan lelaki- lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan " wan-wan" lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan. LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah,Rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, PIMPINLAH DIRI SENDIRI

Wednesday, January 21, 2009

JIKA AKU JATUH CINTA



Ya Allah. . .
Jika aku jatuh cinta
Cintakan aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu

Ya Muhaimin. . .
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar aku tak terjatuh dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana. . .
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul ‘Izzati. . .
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah. . .
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu
Melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
Di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya Allah. . .
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang
Menyeru manusia kepada-Mu

Ya Allah. . .
Jika Kau halalkan aku
Merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki
Dan rindu abadi
Hanya kepada-Mu. . .

SeDeTiK cUmA










Wanita memang penuh rahsia. Disanjung dan di sayang disejagat maya sepenuh masa.
Wanita sebagai ibu, teriktiraf disetiap dada.
Wanita sebagai kekasih, terbayang pada setiap tubir mata.
Wanita sebagai isteri, terkenang pada setiap lubuk hati manusia.
Wanita sebagai wanita, terukir dalam kitabullah.Siapa yang mampu menyangkalnya?