Saturday, February 21, 2009

TiPS MEMBACA RAUT WAjAH

*** Bentuk wajah
Panjang dan tirus:
Mereka yang memiliki bentuk wajah seperti ini umumnya bersifat sabar dan memiliki keteguhan hati. Mereka juga memiliki peribadi menarik dan tidak suka menangguh kerja.
Bulat: Bentuk mukanya yang bulat menandakan dia seorang yang mempunyai kekuatan diri dan harapan tinggi. Dirinya gemar perhatian dan mampu mengubah suasana kaku kepada keadaan yang penuh gelak tawa.
Lebar: Dia bersikap toleransi, mudah sedih dan mempunyai wawasan yang luas.
Bersegi: Memiliki keinginan yang kuat dalam mencapai segala impian. Pemilik wajah seperti ini tergolong mereka yang suka duduk diam.

*** DahiLicin: Jenis seorang yang kuat memikirkan sesuatu dan cepat membuat keputusan.
Berkerut: Apabila kerutan dahinya tampak garis-garis horizontal, ia menunjukkan individu tersebut bersikap cepat marah tetapi memiliki karisma yang tinggi.

***Mata:
Tegang
Apabila terdapat bahagian putih mata di antara iris atau selaput dan bahagian bawah kelopak mata pada kedua-mata mata, itu menunjukkan individu tersebut sedang tertekan dan begitu khuatir.
Menentang: Apabila bahagian putih terlihat di bahagian atas iris, ia bererti selain tertekan individu tersebut juga mempunyai sikap 'gatal'.
Terpisah: Apabila bahagian putih kelihatan di sekeliling iris, lebih baik anda hindari individu seperti ini. Ia menunjukkan jiwa mereka tidak stabil dan cepat marah.

*** AlisLurus: Alis mata berbentuk horizontal menunjukkan dia seorang yang gagah dan gemar berdebat.
Melengkung: Apabila memiliki bentuk alis mata yang melengkung, individu tersebut tergolong dalam kalangan mereka yang suka berjenaka.
Tipis: Seorang yang kurang mempercayai diri sendiri terutama apabila alis mata agak ke atas dan melengkung.
Menyambung: Apabila melihat alis mata yang menyambung, bererti anda sedang berhadapan dengan seorang pemikir dan dapat berkongsi manfaat dengan memberikan semangat kepada mereka.

*** Kelopak mataKecil: Apabila jarak antara bahagian atas kelopak mata dan bulu mata kelihatan terlalu dekat, ia menunjukkan individu tersebut begitu peka dan dapat memelihara jarak perhubungan dengan orang lain.
Lebar: Kelopak mata bersaiz lebar menandakan pemiliknya memiliki sifat yang terlalu mengharapkan bantuan orang lain.

*** HidungKecil: Orang yang berhidung kecil umumnya memiliki sikap yang lemah. Dia juga seringkali tiada kekuatan untuk diri sendiri dan fikirannya selalu berubah-ubah.
Besar: Hidung besar menandakan individu itu mempunyai inisiatif, mantap serta memiliki karakter yang kuat.
Leper atau penyek: Hidung yang besar tetapi leper biasanya milik seorang yang tidak kaku dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Mereka hanya percaya pada diri sendiri, mudah bergaul dan bersikap berani.
Mancung: Biasanya mereka mempunyai sifat berterus terang dan agak pedas ketika berbicara. Mengagumi diri sendiri, sukar untuk membuat keputusan dan peka terhadap sesuatu perkara.

*** TelingaKecil: Biasanya individu ini sentiasa berasa tidak aman tetapi pada umumnya tahu apa yang mereka inginkan. Individu ini juga tergolong dalam kalangan mereka yang kuat bekerja keras.
Tajam: Bersifat kaku dan tidak santai.Telinga yang berambut: Pemiliknya bersifat cermat dan teliti. Namun, waktu dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk hal-hal yang tidak penting.

*** Dagu dan rahang
Rahang bersegi: Bersifat keras dan memiliki kemampuan untuk membuatkan segala impian yang diinginkan menjadi kenyataan.
Dagu yang menonjol keluar atau runcing: Merasakan dirinya penting dan selalu bercakap benar. Menurut pendapatnya, tidak seorang pun yang benar kecuali dirinya.

*** Pipi
Lesung pipi: Selain membuat individu tersebut tampak menarik, lesung pipi juga menjadi simbol keserasian pemiliknya.

*** BibirTebal: Bersifat murah hati dan senang membicarakan tentang dirinya sendiri.
Tipis: Apabila bentuk bibirnya tipis dan bulat, ia menjadi tanda keperibadian yang tertutup dan peka.
Bibir atas tipis dan bibir bawah tebal: Menunjukkan individu ini jenis seorang yang meyakinkan dalam segala perbicaraan

Wednesday, February 18, 2009

PEtUA CiNTA

1) “Nak panjang pendek-pendekkan, nak pendek panjang-panjangkan”..bermaksud..kalau nak hubungan suami isteri tu berpanjangan..kalau gaduh ke apa ke..pendek-pendekkan rajuk..buangkan marah…cepat berbaik semula..

2) Sekiranya berpeluang pergi ke tepian pantai, kebetulan pula pantai itu berhadapan matahari naik (tak sesuai tengok matahari terbenam-waktu maghrib), duduklah sambil memerhatikan matahari naik. Selepas pasangan anda duduk di tepi pantai itu, lorekkan bentuk hati di sekeliling tempat bakal anda duduk.

3) Selepas pasangan anda pulang dari kerja pasti dia keletihan. Tawarkan dia mandi air panas. Sekiranya tiada kolam sediakan satu kerusi dengan dua baldi air panas. Satu baldi untuk rendaman kaki, dan satu lagi untuk mandian. Lebih manis lagi jika diletakkan sedikit haruman aromatherapy dan anda yang memandikan pasangan anda. Seterusnya berilah peluang kepada dia untuk melelapkan mata dengan memberi ciuman hangat sebelum dia terlena. Pasangkan penghawa dingin atau kipas supaya dia selesa dalam lenanya. Sekiranya anak-anak ada bersama, bawalah mereka bermain di tempat lain.

4) Bercuti berdua……rasanya ramai yang tak gemar kalo tanpa anak-anak kan…..tapi kekadang ia dapat ‘refresh’ kembali hubungan suami isteri…

5) Beri bunga Very Happy . Beri bunga kat suami pun okay apa, kalau suami tak suka bunga gantikan dengan benda lain.

6) Lepak kat coffee house sambil berbual-bual…..rasanya saat ni paling seronok….macam first dating plak… Surprised

7) Tinggalkan nota ringkas untuk isteri/suami. Lekat kat cermin solek atau depan pintu. Bolehlah tulis apa-apa jer tak semestinya I love you atau I miss you saja. Contohnya kalau suami pergi ke pasar dan tak nak bangunkan isteri bolehlah tinggalkan nota macam ni “Abang keluar kejap. Sayang jaga diri bebaik. I love you…”. Supaya bila isteri bangun tak ada lah tercari-cari suami sampai kat luar rumah tu.Kalau jalan-jalan berdua pegang tangan macam orang tengah bercinta dan jangan lupa peluk pinggang.

8) Salah satu cara nak eratkan kasih sayang suami isteri ialah setiap hari pastikan kita peluk pasangan kita selama 30 saat (kalau lebih pun takpe)

9) Setiap kali berdoa selepas solat, doakan DIERATKAN SEERAT-ERATNYA perhubungan kita dgn suami.. sebab biasanya kita berdoa agar keluarga bahagia je.

10) Semasa memasak/ bancuh air - kalimah YA WADUD (Yang Maha Pengasih) iaitu salah satu dari Asmaul Husna kita ucapkan berkali seakan-akan sebati dgn masakan kita tadi.

11) Ayat terakhir ALI IMRAN : lebih kurang gini.. YA AIYYUHALLAZI NA’AMANUSBIRU WASOBIRU WAROBITU WATTAQULLAHALA’ALLAKUM TUPSIRUN.. (Sila rujuk Al-Quran utk bacaan yg betul). Kita lafazkan acapkali sambil pejamkan mata dan bayangkan muka orang-orang yang kita sayang.. suami dan anak-anak. Atau..semasa mereka tido kita ucapkan dan hembus ke ubun-ubun mereka yang sedang nyenyak tu.

{dipetik dari http://blogsagasama.blogspot.com}

Minggu Lepas

Sabtu lepas aku pegi Kajang,teman kakak cari tempat nak buat latihan industri.Malam tu ktorang tido kat rumah kakak yang dekat Kajang.Esoknya kami pergi pula ke IJN, tengok kakak yang nombor 4 masuk wad.ALHAMDULILLAH, dia ok selepas doktor masukkan belon..Yang paling kelakar,masa ktorang sampai kat wad...tengok mak yang tido kat katil tapi kakak tengah dduk kat kerusi,baca paper. Macam mak pla yang sakit..Lebih kurang pukul 1.00 tengahari,abang ipar hantar ktorg ke Pudu.Balik la ke pekan koboi tg.Malim..he3

Monday, February 16, 2009

Cinta Ini Membunuhku


apa guna bercinta jika hanya untuk...
menyakiti,
membohongi,
mencurangi,
membiarkan sepi,
melupakan,
menimbulkan benci,
ku tahu cinta ini tak sempurna,
tak sempurna seperti yang kau inginkan,
mengapa dulu kau semai benih cinta,
jika suatu masa kau ingin menghapus?

Tuesday, February 10, 2009

Kerana Diriku Begitu Berharga

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat sederhana di sebuah kampung dalam daerah Jeli di Kelantan. Kampung aku berada ditengah di antara daerah Jeli dan Tanah Merah. Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana menjadikan aku seorang gadis yang sangat sederhana yang penuh dengan rasa malu dan rasa rendah diri. Aku juga seorang yang sangat rapat dengan keluarga dan manja,mungkin kerana aku sentiasa ada tempat bergantung. Percaya atau x,sampai sekarang aku tidak pernah keluar sorang2 ke bandar atau ke mana2. Biasanya kalau keluar,paling tidak 3 orang akan bersama2 aku selain abang aku yang sentiasa menjadi bodyguard..ha3.Mak dengan ayah memang tak akan benarkan aku keluar sorang2 dengan kakak.

Tempat bergantung maksud aku ialah aku mempunyai seorang kakak kembar dan kami sangat rapat. Sejak dari kecil kami memang tidak pernah berpisah sampai lah sekarang,kami masih belajar ditempat yang sama walaupun berlainan rumah. Kalau ada masalah atau nak bercerita,aku akan pergi ke rumah kakak dan begitu juga dia. Sejak dari darjah 1 sampai upper 6,kami selalu sekelas dan apabila exam kami selalu mendapat keputusan yang lebih kurang sama. Disebabkan kami kembar,kami memang selalu mendapat perhatian. Cerita pasal perhatian ni, kami memang rimas dan serabut. Cuba bayangkan, sejak kecil apabila sedara-mara datang ke rumah, soalan paling popular yang biasa ditanya kat mak dengan ayah ”mana anak kembar?”, ”dah besar rupanya ye”.

Kalau pergi berjalan2,kami memang selalu dipandang dengan muka konpius dan terpinga2,mungkin kerana muka kami agak serupa. Kalau kat sekolah pula,aku dan kakak memang selalu jadi perhatian guru2 dan sekiranya kami jalan sama2 kat sekolah maka akan kedengaran la suara2 sumbang memanggil nama kami. Memang sangat tidak selesa,rasa macam artis pula. Tetapi masa menjadikan kami dapat menerima keadaan itu,kadang2 apabila ada muka2 konpius memandang kami berdua aku dan kakak akan saling berpandangan sambil tersenyum2. Sekali lagi kami berjaya mengkonpiuskan sorang lagi insan yang tak tahu apa2..ha3.

Selain aku, adik bongsu (Azie dan Atie) aku pun kembar juga dan muka dorang pun lebih kurang sama. Aku rasa aku sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga kembar. Sepupu aku sebelah ayah dan anak sepupu sebelah ayah juga ada anak kembar macam kami.

Cerita pasal adik beradik ni,kami memang sangat rapat dan aku ada sorang abang yang selalu menjadi bodyguard walau ke mana jua kami pergi. Aku ada sorang kakak ipar,2 orang abang ipar dan sorang lagi coming soon,8 orang anak sedara. Yang paling besar dah darjah 4 dan paling kecil 1 tahun setengah. Mintak2 la aku akan dapat lagi anak sedara dalam masa terdekat ni,dah lama tak timang anak sedara. Mak aku pula seorang ibu yang sangat suka senyum-macam aku la. Ayah pula lebih banyak diam-mirip aku la juga..he3.
Dalam keluarga,aku dengan kakak kembar lebih mirip ayah dan kami la paling comel(kecil) walaupun dibandingkan dengan adik bongsu. Kadang2 bila sedara-mara jauh datang ke rumah,kami akan disangka sebagai anak bongsu mak dan ayah. Mungkin itu salah 1 faktor yang membuatkan aku lebih manja..

coming soon..

1 Hari di MELAKA




hari yang sgt bahagia

kitaorg kat Belanda

aku sayang dia

nakalnya kami

kami









KiSAH SEORANG AKU




Pangkal huruf nama aku tentunya
F,jadi disini ada serba sedikit tentang diri aku tapi bukan semuanya benar.Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, tanyalah aku sendiri ye kawan2!!
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

Yang ni berdasarkan tarikh lahir aku

Anda sangat peka dan tradisional.
Anda sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Anda hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya Anda lakukan.
Anda suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
Anda mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
Anda berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.


Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar


MAC*
Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan dan tegas.

Monday, February 9, 2009

KENAPA KITA MENUTUP MATA KETIKA TIDUR

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?Ketika kita menangis?Ketika kita membayangkan?
Ini karena hal terindah di dunia TIDAK TERLIHAT…
____
Kita semua agak aneh…dan hidup sendiri juga agak aneh….Dan ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita..kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupayang dinamakan C I N T A . .
_____
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan . .Tapi ingatlah…melepaskan BUKAN akhir dari dunia . .melainkan awal suatu kehidupan baru . . .
_____
Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKAN dirimu. Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas…LAGI..Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya . .tapi..ketika cinta itu mati . . .kamu TIDAK perlu mati bersamanya . .
_____Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang . .MELAINKAN mereka yang tetap T E G A R ketika mereka jatuh. Entah bagaimana…dalam perjalanan kehidupan,kamu belajar tentang dirimu sendiri . . .dan menyadari . . bahawa penyesalan tidak seharusnya ada . . .HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan2 kehidupan yang telah kau buat
_____
TEMAN SEJATI . . . mengerti ketika kamu berkata ” A k u l u p a . .”Menunggu selamanya ketika kamu berkata ” T u n g g u s e b e n t a r “Tetap tinggal ketika kamu berkata ” T i n g g a l k a n a k u s e n d i r i“Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata ” B o l e h k a h s a y a m a s u k ?”
_____
MENCINTAI . . . BUKANlah bagaimana kamu melupakan . . .melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN . .BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan . . .melainkan bagaimana kamu MENGERTI . . .BUKANlah apa yang kamu lihat . . .melainkan apa yang kamu RASAKAN . .BUKANlah bagaimana kamu melepaskan . . .melainkan bagaimana kamu BERTAHAN . . .
_____Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati . .Dibandingkan menangis tersedu2 . . .Air mata yang keluar dapat dihapus .sementara air mata yang tersembunyi ,menggoreskan luka yang tidak akan pernah H I L A N G . . .
_____Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang . .Tapi ketika CINTA itu T U L U S , meskipun kalah,kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia . . .dapat mencintai seseorang . .LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri . . .
_____Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita MELAINKAN karena kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
_____Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia . .jangan percaya bahawa melepaskan SELALU bererti kamu benar2 mencintai MELAINKAN . BERJUANGLAH DEMI C I N T A M U ( ” Fight For Your Dream” )
Itulah: C I N T A S E J A T I . . .bukannya seperti: ” Easy Come . . . Easy Go “
_____
Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang “yang tersedia”Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai DARIPADA orang yang berada di “sekelilingmu”Lebih baik menunggu orang yang tepat kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang dengan hanya“seseorang”
_____
Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang membawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari.
{dipetik dari http://sayangdibuang.blogspot.com}

APA iTU CiNTA?


Apa Itu Cinta?
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”