Tuesday, February 10, 2009

Kerana Diriku Begitu Berharga

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat sederhana di sebuah kampung dalam daerah Jeli di Kelantan. Kampung aku berada ditengah di antara daerah Jeli dan Tanah Merah. Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana menjadikan aku seorang gadis yang sangat sederhana yang penuh dengan rasa malu dan rasa rendah diri. Aku juga seorang yang sangat rapat dengan keluarga dan manja,mungkin kerana aku sentiasa ada tempat bergantung. Percaya atau x,sampai sekarang aku tidak pernah keluar sorang2 ke bandar atau ke mana2. Biasanya kalau keluar,paling tidak 3 orang akan bersama2 aku selain abang aku yang sentiasa menjadi bodyguard..ha3.Mak dengan ayah memang tak akan benarkan aku keluar sorang2 dengan kakak.

Tempat bergantung maksud aku ialah aku mempunyai seorang kakak kembar dan kami sangat rapat. Sejak dari kecil kami memang tidak pernah berpisah sampai lah sekarang,kami masih belajar ditempat yang sama walaupun berlainan rumah. Kalau ada masalah atau nak bercerita,aku akan pergi ke rumah kakak dan begitu juga dia. Sejak dari darjah 1 sampai upper 6,kami selalu sekelas dan apabila exam kami selalu mendapat keputusan yang lebih kurang sama. Disebabkan kami kembar,kami memang selalu mendapat perhatian. Cerita pasal perhatian ni, kami memang rimas dan serabut. Cuba bayangkan, sejak kecil apabila sedara-mara datang ke rumah, soalan paling popular yang biasa ditanya kat mak dengan ayah ”mana anak kembar?”, ”dah besar rupanya ye”.

Kalau pergi berjalan2,kami memang selalu dipandang dengan muka konpius dan terpinga2,mungkin kerana muka kami agak serupa. Kalau kat sekolah pula,aku dan kakak memang selalu jadi perhatian guru2 dan sekiranya kami jalan sama2 kat sekolah maka akan kedengaran la suara2 sumbang memanggil nama kami. Memang sangat tidak selesa,rasa macam artis pula. Tetapi masa menjadikan kami dapat menerima keadaan itu,kadang2 apabila ada muka2 konpius memandang kami berdua aku dan kakak akan saling berpandangan sambil tersenyum2. Sekali lagi kami berjaya mengkonpiuskan sorang lagi insan yang tak tahu apa2..ha3.

Selain aku, adik bongsu (Azie dan Atie) aku pun kembar juga dan muka dorang pun lebih kurang sama. Aku rasa aku sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga kembar. Sepupu aku sebelah ayah dan anak sepupu sebelah ayah juga ada anak kembar macam kami.

Cerita pasal adik beradik ni,kami memang sangat rapat dan aku ada sorang abang yang selalu menjadi bodyguard walau ke mana jua kami pergi. Aku ada sorang kakak ipar,2 orang abang ipar dan sorang lagi coming soon,8 orang anak sedara. Yang paling besar dah darjah 4 dan paling kecil 1 tahun setengah. Mintak2 la aku akan dapat lagi anak sedara dalam masa terdekat ni,dah lama tak timang anak sedara. Mak aku pula seorang ibu yang sangat suka senyum-macam aku la. Ayah pula lebih banyak diam-mirip aku la juga..he3.
Dalam keluarga,aku dengan kakak kembar lebih mirip ayah dan kami la paling comel(kecil) walaupun dibandingkan dengan adik bongsu. Kadang2 bila sedara-mara jauh datang ke rumah,kami akan disangka sebagai anak bongsu mak dan ayah. Mungkin itu salah 1 faktor yang membuatkan aku lebih manja..

coming soon..

No comments:

Post a Comment