Monday, September 28, 2009

Jauh Disudut Hatiku..

Setelah cuti raya seminggu, saya kembali meneruskan kehidupan sebagai pelajar yang mempunyai banyak tanggungjawab yang tidak tertanggung tanpa kecekalan dan kesabaran. Pejam celik pejam celik selesai sudah kita beraya sesudah puasa sebulan menahan segala nafsu. Tetapi saya bersyukur kerana pejam celik pejam celik saya masih dalam keadaan celik dan tidak pejam-pejam sampai bila-bila. Semasa raya, satu peristiwa yang berlaku dalam hidup saya dan yang paling memberikan kesan adalah bapa saudara saya telah pergi selama-lamanya mengadap ILAHI. Abang kepada ayah saya yang sulung pergi selama-lamanya pada 4 syawal dan saya bersyukur kerana sempat menatap wajahnya buat kali terakhir sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Pak cik pergi setelah beberapa bulan isterinya pergi menghadap ILAHI. Memang betul-betul cinta sejati lah..al-fatihah.

Saya sempat berjumpa dengan beberapa kawan baik semasa zaman sekolah yang telah lama saya tinggalkan tetapi masih segardalam ingatan. Salah seorangnya kawan sepermainan saya semasa kecil dahulu yang sangat kamceng dan dia lah tempat sayabergantung semasa dibuli sewaktu kecil dahulu..he3. sebenarnya dia sudah 6 bulan berkahwin dan sedang mengandung anak pertama dan bakal melahirkan bulan 12 nanti..Insyaallah. Semasa melihat dia datang beraya dengan perutnya yang makin membesar, saya sangat teruja untuk menyentuh perutnya. Tiba-tiba saya rasa sangat sedih dan membandingkan dengan diri saya dan betapa bahagianya dia. Sebentar lagi kehidupan dia akan lengkap sebagai seorang wanita dengan kehadiran seorang anak. Saya tidak melepaskan peluang menyentuh perutnya dan awal2 lagi saya sudah tempah anak yang bakal lahir itu untuk menjadikan sebagai anak angkat saya. Betapa bahagianya perasaan yang bakal bergelar seorang ibu dan saya pun turut merasai perasaan kawan saya itu.

Satu lagi peristiwa yang menyentuh hati saya apabila abang angkat yang sangat saya sayang dan kasih telah melangsungkan perkahwinan pada 7 syawal yang lalu. Sukar untuk saya ungkapkan perasaannya disini iaitu perasaan kehilangan seorang abang walaupun dia hanyalah seorang abang angkat tempat saya menumpang kasih sayang. Sedihnya rasa bila dia sudah selesai bergelar seorang suami, sedih apabila memikirkan akan berkurangkah perhatian dan sayang terhadap saya seperti sebelum berkahwin, sedihnya apabila memikirkan akan perubahan diri abang...hu3. Saya akui dan sedar saya sangat tamak dalam mendapatkan kasih sayang dan sangat cemburu dalam bab2 kasih sayang ni..tetapi saya sedar abang berhak mendapatkan kebahagiaannya sendiri dan saya sendiri akan bertemu dengan kebahagiaan saya yang entah bila akan muncul tiba. Walau apapun, saya sangat sayangkan abang saya seorang itu, yang sangat pandai memanjakan diri ini..hu3.

Wednesday, September 2, 2009

blurrr

Hari ni aku rasa ‘down’ sangat cz aku kena marah ngn seseorang..bencinya aku kat dia. Lepas ni tobat tak nak dah jumpa dan tengok muka dia. Bulan puasa ni memang la kita kena kawal kemarahan kita kan, tapi tak boleh tahan la. Rasa sangat benci, nak nangis pun ada juga..Bad day betul la. Fuh! Tak boleh nak luahkan macam mana rasa tu, hanya orang yang pernah rasa je akan tau betapa tak tahannya aku bila kena marah tu. Masa kena marah tu aku hanya mampu diam je, tahan perasaan dan tahan air mata nak keluar. Nasib baik aku mampu tahan air mata tu daripada jatuh, kalau tak malu dan mesti la tercabar ego aku..bila dah balik bilik, terhambur semua la air mata bernilai aku tu. Lepas bangun tidur dan roomate ajak borak baru la ok ckit emosi aku. Tak pe la, aku maafkan la orang yang marah aku tu sedangkan kesalahan aku tak ada la besar sangat sampai boleh memudaratkan sesiapa pun..