Monday, September 28, 2009

Jauh Disudut Hatiku..

Setelah cuti raya seminggu, saya kembali meneruskan kehidupan sebagai pelajar yang mempunyai banyak tanggungjawab yang tidak tertanggung tanpa kecekalan dan kesabaran. Pejam celik pejam celik selesai sudah kita beraya sesudah puasa sebulan menahan segala nafsu. Tetapi saya bersyukur kerana pejam celik pejam celik saya masih dalam keadaan celik dan tidak pejam-pejam sampai bila-bila. Semasa raya, satu peristiwa yang berlaku dalam hidup saya dan yang paling memberikan kesan adalah bapa saudara saya telah pergi selama-lamanya mengadap ILAHI. Abang kepada ayah saya yang sulung pergi selama-lamanya pada 4 syawal dan saya bersyukur kerana sempat menatap wajahnya buat kali terakhir sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Pak cik pergi setelah beberapa bulan isterinya pergi menghadap ILAHI. Memang betul-betul cinta sejati lah..al-fatihah.

Saya sempat berjumpa dengan beberapa kawan baik semasa zaman sekolah yang telah lama saya tinggalkan tetapi masih segardalam ingatan. Salah seorangnya kawan sepermainan saya semasa kecil dahulu yang sangat kamceng dan dia lah tempat sayabergantung semasa dibuli sewaktu kecil dahulu..he3. sebenarnya dia sudah 6 bulan berkahwin dan sedang mengandung anak pertama dan bakal melahirkan bulan 12 nanti..Insyaallah. Semasa melihat dia datang beraya dengan perutnya yang makin membesar, saya sangat teruja untuk menyentuh perutnya. Tiba-tiba saya rasa sangat sedih dan membandingkan dengan diri saya dan betapa bahagianya dia. Sebentar lagi kehidupan dia akan lengkap sebagai seorang wanita dengan kehadiran seorang anak. Saya tidak melepaskan peluang menyentuh perutnya dan awal2 lagi saya sudah tempah anak yang bakal lahir itu untuk menjadikan sebagai anak angkat saya. Betapa bahagianya perasaan yang bakal bergelar seorang ibu dan saya pun turut merasai perasaan kawan saya itu.

Satu lagi peristiwa yang menyentuh hati saya apabila abang angkat yang sangat saya sayang dan kasih telah melangsungkan perkahwinan pada 7 syawal yang lalu. Sukar untuk saya ungkapkan perasaannya disini iaitu perasaan kehilangan seorang abang walaupun dia hanyalah seorang abang angkat tempat saya menumpang kasih sayang. Sedihnya rasa bila dia sudah selesai bergelar seorang suami, sedih apabila memikirkan akan berkurangkah perhatian dan sayang terhadap saya seperti sebelum berkahwin, sedihnya apabila memikirkan akan perubahan diri abang...hu3. Saya akui dan sedar saya sangat tamak dalam mendapatkan kasih sayang dan sangat cemburu dalam bab2 kasih sayang ni..tetapi saya sedar abang berhak mendapatkan kebahagiaannya sendiri dan saya sendiri akan bertemu dengan kebahagiaan saya yang entah bila akan muncul tiba. Walau apapun, saya sangat sayangkan abang saya seorang itu, yang sangat pandai memanjakan diri ini..hu3.

Wednesday, September 2, 2009

blurrr

Hari ni aku rasa ‘down’ sangat cz aku kena marah ngn seseorang..bencinya aku kat dia. Lepas ni tobat tak nak dah jumpa dan tengok muka dia. Bulan puasa ni memang la kita kena kawal kemarahan kita kan, tapi tak boleh tahan la. Rasa sangat benci, nak nangis pun ada juga..Bad day betul la. Fuh! Tak boleh nak luahkan macam mana rasa tu, hanya orang yang pernah rasa je akan tau betapa tak tahannya aku bila kena marah tu. Masa kena marah tu aku hanya mampu diam je, tahan perasaan dan tahan air mata nak keluar. Nasib baik aku mampu tahan air mata tu daripada jatuh, kalau tak malu dan mesti la tercabar ego aku..bila dah balik bilik, terhambur semua la air mata bernilai aku tu. Lepas bangun tidur dan roomate ajak borak baru la ok ckit emosi aku. Tak pe la, aku maafkan la orang yang marah aku tu sedangkan kesalahan aku tak ada la besar sangat sampai boleh memudaratkan sesiapa pun..

Tuesday, August 25, 2009

fall in LOVE??

Macam mana rasa bila jatuh cinta? Fall in love..urmm, rasa dunia kita yang punya kan. Rasa dunia berhenti berputar, macam bagi penghormatan la kunun. Tapi orang kata, bila kita dah cinta, kasih dan sayang kat somebody tu, kita akan cuba menjaga hati dan perasaannya dengan sebaik mungkin melebihi menjaga hati sendiri. Walaupun pada waktu tu kita sedang marah kan dia or perbuatannya, marah tu sekejap je. Tak sampai hati nak marah buah hati kita tu lama-lama. Ala, macam lagu Black ”dua hati menjadi satu”. Walaupun marah, kita akan cuba kawal kemarahan sebab tak sanggup tengok dia diamarahi. Kalau marah pun, sekejap je la. Bangun pagi-pagi dah hilang rasa marah tu. Ya la, macam mana nak marah kalau perasaan cinta, rindu dan sayang melebihi rasa marah kan. Rasa rindu kat somebody tu sangat kuat melebihi rindu pada family pula kan. Hanya orang yang pernah jatuh cinta je akan faham perasaan tu. Bangun pagi, perkara pertama yang terlintas kat fikiran ni, hanya dia. Kalau dah lama tak jumpa dia, semua benda tak menjadi, asyik nak mengamuk aje.

Satu lagi ni, apabila teringatkan dia secara automatik jantung kita akan berdegup kencang seolah-olah dah tak nak berhenti. Jantung berdegup kencang sebab takut dia dirampas atau jadi milik orang lain. Bila jumpa dia mula la tersipu-sipu malu. Semua benda tak kena, nak cakap lain tercakap lain. Lepas tu mula la asyik senyum, tersengih-sengih..hu3. Apabila mendengar suaranya, kita akan tersenyum tanpa sebab. Macam orang sakit jiwa, angau semacam. Kalau ternampak something yang ada kaitan dengan kenangan bersama mula la tersenyum sorang-sorang. Apabila melihat dia, kita tidak akan peduli orang sekeliling dan kita akan hanya nampak dia seorang. Walaupun datang lelaki or perempuan secantik mana pun, dia tetap paling kacak or cantik dimata kita.

Lepas tu mula la berjinak-jinak dengar lagu balada jiwang walaupun sebelum ni kita kutuk giler sape2 yang dengar lagu jiwang..ha3. Lagu yang lirik-liriknya berkaitan cinta rasa macam kena aje dengan kisah cinta kita di samping kita akan senyum sorang-sorang. Yang paling best, kita akan terhidu-hidu bau dia. Even selisih dengan orang lain pun tapi kalau dia pakai perfume yang sama..rasa macam dia ada di samping kita pula dan selalu merindui bau dia..satu lagi, kita akan still teringat sifat manja dia..sweet sangat. Even segagah mana pun dia sebagai lelaki tetapi dia ibarat kanak-kanak kecil yang inginkan belaian dan kasih sayang. So, kalau kita dah terlanjur cinta kat somebody tu jagalah hati dia elok-elok. Dan jangan terfikir untuk tinggalkan dia or putuskan hubungan hanya disebabkan satu salah faham or perkara yang remeh temeh. Bukan senang nak mendapatkan sekeping hati yang luhur.. semoga saya temui cinta saya

Monday, August 24, 2009

JADiLAH

jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari satu bunga ke satu bunga yang lain, dari satu tangkai ke satu tangkai yang lain dan dari satu taman ke satu taman yang lain.

Atau jadilah seperti lebah, makan dari yang baik dan mengeluarkan yang baik. bila hinggap pada ranting, ia tidak mematahkannya, menghisap sari bunga tanpa menyegatnya, mengeluarkan madu tanpa menyegat, terbang dengan membawa kecintaan, dan hinggap dengan membawa kasih sayang. Ia mempunyai suara dengungan bagaikan berita gembira dan suara desingan bagaikan ungkapan kepuasan, seakan-akan ia bagaikan malaikat yang ada di langit turun ke bumi dari alam yang kekal.

NALURi WANiTA KU

Pada waktu, saat, detik dan ketika ini saya merasakan satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Suatu rasa yang saya sendiri sukar untuk memahaminya walaupun rasa itu datang dari hati kecil saya sendiri. Rasa sebak tapi sukar untuk saya menitiskan air mata. Jadi, untuk mengurangkan rasa itu, saya teringin menulis tentang program yang saya dengan kawan-kawan laksanakan hari sabtu lepas. Hanya dengan cara ini perasaan saya akan beransur-ansur hilang dan reda walaupun tidak sepenuhnya. Berbalik kepada program yang kami sudah selesai laksanakan hari sabtu lepas iaitu hari pertama puasa. Kami bertujuh bertolak pada pukul 8.30 pagi ke rumah anak yatim Jasa di Ipoh untuk melaksanakan misi kemanusiaan kami. Kami menyewa dua buah kereta untuk ke sana. Semasa perjalanan, terdetik juga disanubari saya bagaimana penerimaan mereka dengan kedatangan kami ini. Rupanya kami disambut dengan baik dan penuh kemesraan. Sebaik tiba, kami melihat adik-adik telah sedia menunggu kami dan mendekati kami untuk bersalam.

Naluri keibuaan saya tersentuh apabila melihat seorang adik berumur 6 tahun datang menyalami saya dengan pandangan matanya redup membuatkan saya rasa sebak sekejap. Sepanjang program kami ini, saya sangat menghormati semangat kerjasama antara mereka walaupun mereka sebenarnya tiada tali persaudaraan. Melihat kepada kesungguhan mereka untuk memasuki kelompok kami dan sifat berdikari mereka sangat saya kagumi. Begitu juga dengan adik-adik yang berumur 6-8 tahun, mereka kelihatan telah biasa hidup tanpa ibu dan ayah yang bagi saya sangat muda untuk hidup tanpa kasih sayang keduanya.

Naluri saya tersentuh lagi apabila melihat empat beradik yang dihantar ke rumah anak yatim tersebut seolah-olah mereka dibuang daripada keluarga sendiri. Semasa dalam slot capaian matlamat, saya melihat kepada satu pasangan ini iaitu seorang remaja lelaki berumur 17 tahun menolong mencatatkan cita-cita seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 7 tahun kerana adik tadi tidak tahu menulis. Betapa kagumnya saya melihat kesabaran remaja lelaki tadi melayan karenah adik tadi walaupun keduanya tiada pertalian. Mereka saling menumpang kasih sayang, berkongsi segalanya. Banyak yang saya perhatikan sepanjang program ini, mereka sangat sukakan pujian dan sifat ego mereka sangat ketara. Hal ini mungkin kerana kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada individu signifikan menjadikan mereka agak ‘keras’ dan berdikari. Saya merenung diri saya sendiri, betapa beruntungnya saya kerana dilimpahi dengan kasih sayang dan kemewahan yang tiada berbelah bagi.

Berfikir saya sejenak, agaknya bolehkah saya menghadapi hari-hari tanpa kedua ibu bapa pada usia yang masih terlalu muda. Mungkin saya tidak setabah adik-adik ini yang berperang dengan perasaan sendiri tentang di mana hak mereka sebagai anak-anak yang dilahirkan ke muka bumi ini. Di rumah anak yatim ini, terdapat juga anak-anak yang menjadi mangsa penceraian selain daripada kematian ibu atau bapa. Sepanjang program ini, kami mencuba sedaya upaya yang termampu kami untuk menceriakan hari mereka dan memotivasikan mereka bahawa mereka bukan satu-satunya insan terpilih untuk diuji oleh ALLAH.

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan kerana ALLAH tidak akan menguji hambaNYA melainkan dia mampu untuk menghadapinya. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman, dan setelah malam pasti datang siang. Sesungguhnya awan kelabu pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi, dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin ALLAH.

Sesungguhnya kebahagian yang hakiki terletak pada kepuasan hati, kesenangan perasaan, ketenangan jiwa, kegembiraan rohani, kelapangan dada, budi pekerti yang baik, akhlak mulia yang diiringi dengan sifat menerima dan merasa cukup dengan anugerah yang diberikan. Saya selalu mengingatkan diri saya sendiri untuk menerima seredhanya setiap dugaan yang diberikan oleh NYA. kat bawah ni antara gambar yang sempat kami rakamkan. Salam.







Wednesday, August 12, 2009

RASULULLAH S.A.W dan PENGEMIS YAHUDI BUTA

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

Thursday, July 16, 2009

ciri-ciri PENGHUNI SYURGA

MANUSIA akan memperoleh ganjaran setimpal berdasarkan usaha atau amalan dilakukannya baik perkara kecil atau besar yang tergolong dalam perbuatan yang baik dan buruk. Allah berfirman yang bermaksud:

“Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya).”

(Surah al-Zalzalah, ayat 7-8) .

Setiap apa yang dilakukan memberi kesan kepada diri manusia itu dan mereka yang beriman pastinya berusaha melakukan lebih banyak perbuatan baik.

Orang Mukmin yang taat adalah golongan yang mendapat kemuliaan dan kasih sayang Allah dan dijanjikan sebagai penghuni syurga bernama Firdaus yang kekal di dalamnya. Tujuh ciri dimiliki golongan ini dinyatakan Allah dalam surah al-Mukminun, ayat 1 hingga 11. Ciri itu ialah:

Khusyuk dalam menunaikan solat
Insan yang Mukmin mampu melaksanakan solat dengan khusyuk sesuai dengan keteguhan dan kemantapan iman dimilikinya. Pengertian khusyuk mencakupi seseorang itu memahami apa yang dibaca dan dilakukannya dalam solat.
Menurut Imam al-Ghazali, dalam khusyuk itu juga harus ada rasa takut kepada Allah. Sembahyang yang dikerjakan dengan khusyuk adalah syarat pertama untuk mewarisi syurga Firdaus.
Memelihara diri daripada perbuatan yang tiada berguna
Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan membiarkan masa berlalu dengan tidak melakukan perkara berfaedah.
Menunaikan zakat
Seorang Muslim sejati akan rela dengan ikhlas menunaikan kewajipan zakatnya tanpa wujud paksaan, lantaran sedar bahawa hartanya sudah memenuhi syarat untuk berzakat.
Selain itu, dia sedar bahawa pada harta miliknya itu ada hak orang lain yang harus diberikan, terutama hak fakir miskin. Hartanya yang sebenar hanyalah harta yang tinggal selepas dikeluarkan zakatnya.

Memelihara kehormatan
Orang mukmin berjaya akan menghindarkan diri daripada melakukan penyimpangan dalam hal seksual dan tidak mendekati zina. Dia tidak akan berlaku serong dan hanya menyalurkan keinginan syahwat (persetubuhan) melalui jalan halal dengan pasangan sah.
Melaksanakan amanah
Seseorang mukmin yang diberi kepercayaan akan menunaikannya dengan baik kerana kepercayaan itu adalah penghormatan paling berharga baginya.
Memenuhi janji
Islam mengajar bahawa setiap janji mesti ditunaikan kerana janji itu ibarat hutang. Lantaran itu ia perlu dibayar. Segala sesuatu yang dijanjikan perlu dipenuhi kerana yang demikian adalah ciri Mukmin berjaya.
Memelihara solat
Solat pada pandangan Mukmin sejati paling penting. Jadi, solat mereka cukup terpelihara, sehingga dapat dilaksanakan dengan begitu baik lagi sempurna. Waktu solat dijaga dengan baik seperti solat pada awal waktu. Begitu juga dengan rukun dan pelbagai syarat lainnya yang mana semuanya itu sangat diberi perhatian.

Oleh Wan Aminurrashid W Abd Hamid
Sumber : http://www.bharian.com.my

Friday, May 8, 2009

KUCINTA KAU APA ADANYA

lirik lagu ni sangat bermakna,lagu nya pun best.
aku suka sangat..



Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi tak ‘kan merubah
Perasaanku…
Kepadamu

Ku yakin pasti suatu saat
Semua ‘kan terjadi
Kau ‘kan mencintaiku
Dan tak akan pernah
Melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
S’lalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi

Ku janjikan aku ada
Kau boleh jauhi diriku
Namun ku percaya
Kau ‘kan mencintaiku
Dan tak akan pernah
Melepasku

Aku ada
Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka…
Untukmu selalu

Wednesday, May 6, 2009

ENTAH

Kutahu, kau selingkuh
Kau duakan cintaku yang tulus
Kau tahu, diriku
Tak pernah berpaling dari dirimu
Tega nya kau dustai semua
Janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu... o...

Tak pernah ku bayangkan
Cerita kita berakhir begini
Tega nya kau dustai semua
Janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu... o...

Masih kah ada, o...
Cinta dihati ini
Dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku...

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu... o...

Friday, May 1, 2009

busannyer..

Arghhh…!!Busannyer aku loni, di ketika ini, disaat ini pahtu pada detik ini..he3. Doh la rumet aku wat rumit tu tak dok, ira pulok duk kurung dale bilik dio. Raso mace nak g kacau jah dio tapi gak malah la plok. Mesti dio duk study tu, tok mace aku ni. Malah, tak dok mood sebenarnyo. Tok tau la g mano aku mood aku ile. Cepat la Mari mood wei. Sebenarnyo banyok benda keno wat tapi gak 1 bendo pon xjadi lagi. Aku pelik la lok ngan diri aku loni, jadi malah benar, malah do’oh nah. Nak study pon xleh, tengok buku jah raso nak mutoh ijau. Adoi la..berat kalu lagu ni..gapo la nok jadi ngan aku ni. Raso mace nok tido jah sokmo, nok tengok cito jah. Malah wat bendo lain. Teruk do’oh nah aku ni..tamboh2 plok raso nak kelik kapung maso loni jugok. Kalu lah aku ni ado kuasa turbo ko, lamo doh aku sapa kapung halame aku wat tercinto..hu3. Kalu lah GOKU betul2 ado, lamo doh aku suruh dia panggil awan terbang dio tu. Tok pon kalu lah DORAEMON ado duk sini, aku suruh jah dio wat tubik pintu maso dio tu. Buleh sapa rumoh teruh. Sedapnya sero..Ngarut tahap cipe doh aku ni. Baco buku tapi gak so ilmu pon tok masuk dale palo otok ni..Otok la gini. Raso mace nok jerit pon ade jugok loni tapi gak tehe jah. Kalu duk rumoh, lamo doh aku jerit ni. Tak dok aroh duk ngan sain2, malu wei kalu jerit depan ore. Loni aku sero mace nok tido jah..he3, nati kito sambung lagi deh. Sayonara..gambate neh..chaiyok2.hu3. Kalu bab ngarut v la ko aku..

Sunday, April 19, 2009

kepada PEREMPUAN yg akan bergelar ISTERI

ASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang
sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU
TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

Saturday, April 11, 2009

Aku tAK FAHAM...!!!

kenapa lah aku ni LEMAH sangat...???
kenapa lah aku mudah sangat tersungkur
kenapa lah aku selalu dipermainkan..??
adakah sebab aku terlalu dambakan dia..???
AKU GERAM dengan diri sendiri!!!

TERINGIN

CHINA
aku teringin sangat nak pegi sana...tapi tak tau la dapat pegi ke tak. Aku kena kumpul duit banyak2 dulu baru dapat pegi kot,tapi harap2 la dapat kawen ngan orang kaya, dapat la slalu melancong..hahahahahaha. Kat bawah antara tempat2 menarik kt sana



east lake 15 shaoxing china


Beijing



sixi, wuyuan, china

yu's mausoleum 3 shaoxing china jan

Great Wall

ErTi SAHABAT

kawan...sahabat...teman...member...
Semua tu sangat penting dalam hidup aku. Tanpa mereka aku rasa hidup ni tak seindah hari-hari sebelumnya. Aku sanggup tinggalkan apa yang saja yang penting dalam hidup aku demi kawan (kecuali family la). Dah banyak kenangan lalu yang mengajar aku erti sebuah persahabatan, betapa peritnya dikhianati kawan sendiri, betapa sakitnya ditinggalkan kawan, betapa seksanya dipinggirkan dan betapa merananya dibiarkan sepi seorang diri. Aku tak nak perkara itu berulang lagi...bagi aku, biar aku menangis asal mereka bahagia. Bukan senang untuk mencari teman yang betul-betul teman, yang mampu menangis bersama-sama kala susah senang. Cukuplah peristiwa lalu hanya berlaku sekali dan aku takkan benarkan ianya berulang lagi.
Baru-baru ada sedikit konflik di antara kami disebabkan hanya sedikit salah faham. Mungkin kerna salah kami sendiri yang lupa untuk membajainya setelah sekian lama. Mujurlah kami ambil inisiatif untuk bertemu, bersemuka...berbincang dari hati ke hati. Aku syukur sangat, setelah meluahkan semua yang terbuku di hati selama beberapa minit..kami mampu menyelesaikannya.
Kepada IRA, MIZAH, TIEY, PEA, MUS..saya mintak maaf sangat2




Thursday, April 9, 2009

rahsia tarikh lahir

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1

Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia.

~>Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.



no.2

Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga.

~>Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


no..3

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan.
Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.

~>Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.

no.5

Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.

~>Pasangan ideal anda adalah no.1, 2, 9.



no.6

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.

~>Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.



no.7

Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira.

~>Pasangan ideal anda adalah no.2.



no.8

Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.

~Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.


no.9

Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.

~>Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.


Friday, March 6, 2009

rahsia CINTA lelaki


Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:


-Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
-Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
-Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
-Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
-Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
-Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
-Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
-Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
-Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
-Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
-Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
-Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
-Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
-Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
-Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
-Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
-Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
-Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
-Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
-Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
-Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
-Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)

Thursday, March 5, 2009

"4 MAC..?"

fuh,hari yg memenatkan..ari ni mcm xpercaya dh genap umur aku 23 tahun.Cepat betul masa berlalu,aku dh makin meningkat dewasa.Lepas ni xleh dah aku wt prangai mcm budak2,tp aku tetap nk jd mcm budak2 jg..he3.Mesti comel kn?ape aku rasa ble umur dh capai angka 23 tahun..?Emm,sedih dan sebak kot.Maklum la lepas ni byk benda akan brubah...tp wlau ape pn,aku ucap mekasih la kt kwn2 yg wish n still ingat befday aku..hu3.

Aku harap persahabatan ni akan kekal sampai ble2,smpai beranak pinak. Mekasih gak kt geng2 Robin yg nyanyi lagu hepy befday mlm 2.Rasa terharu sangat2..Kat sape2 yg bg hadiah 2,saya akan simpan sampai ble2 hadiah 2.Tak sangka dpt gak hadiah wlaupn dh makin tua ni.Tapi 1 je yg wt aku rasa sedih ble org yg kta hrp2 xwish pn bfday kta kn..?xde hadiah pn xpe,bg aku..yg penting dia ingat je..

Saturday, February 21, 2009

TiPS MEMBACA RAUT WAjAH

*** Bentuk wajah
Panjang dan tirus:
Mereka yang memiliki bentuk wajah seperti ini umumnya bersifat sabar dan memiliki keteguhan hati. Mereka juga memiliki peribadi menarik dan tidak suka menangguh kerja.
Bulat: Bentuk mukanya yang bulat menandakan dia seorang yang mempunyai kekuatan diri dan harapan tinggi. Dirinya gemar perhatian dan mampu mengubah suasana kaku kepada keadaan yang penuh gelak tawa.
Lebar: Dia bersikap toleransi, mudah sedih dan mempunyai wawasan yang luas.
Bersegi: Memiliki keinginan yang kuat dalam mencapai segala impian. Pemilik wajah seperti ini tergolong mereka yang suka duduk diam.

*** DahiLicin: Jenis seorang yang kuat memikirkan sesuatu dan cepat membuat keputusan.
Berkerut: Apabila kerutan dahinya tampak garis-garis horizontal, ia menunjukkan individu tersebut bersikap cepat marah tetapi memiliki karisma yang tinggi.

***Mata:
Tegang
Apabila terdapat bahagian putih mata di antara iris atau selaput dan bahagian bawah kelopak mata pada kedua-mata mata, itu menunjukkan individu tersebut sedang tertekan dan begitu khuatir.
Menentang: Apabila bahagian putih terlihat di bahagian atas iris, ia bererti selain tertekan individu tersebut juga mempunyai sikap 'gatal'.
Terpisah: Apabila bahagian putih kelihatan di sekeliling iris, lebih baik anda hindari individu seperti ini. Ia menunjukkan jiwa mereka tidak stabil dan cepat marah.

*** AlisLurus: Alis mata berbentuk horizontal menunjukkan dia seorang yang gagah dan gemar berdebat.
Melengkung: Apabila memiliki bentuk alis mata yang melengkung, individu tersebut tergolong dalam kalangan mereka yang suka berjenaka.
Tipis: Seorang yang kurang mempercayai diri sendiri terutama apabila alis mata agak ke atas dan melengkung.
Menyambung: Apabila melihat alis mata yang menyambung, bererti anda sedang berhadapan dengan seorang pemikir dan dapat berkongsi manfaat dengan memberikan semangat kepada mereka.

*** Kelopak mataKecil: Apabila jarak antara bahagian atas kelopak mata dan bulu mata kelihatan terlalu dekat, ia menunjukkan individu tersebut begitu peka dan dapat memelihara jarak perhubungan dengan orang lain.
Lebar: Kelopak mata bersaiz lebar menandakan pemiliknya memiliki sifat yang terlalu mengharapkan bantuan orang lain.

*** HidungKecil: Orang yang berhidung kecil umumnya memiliki sikap yang lemah. Dia juga seringkali tiada kekuatan untuk diri sendiri dan fikirannya selalu berubah-ubah.
Besar: Hidung besar menandakan individu itu mempunyai inisiatif, mantap serta memiliki karakter yang kuat.
Leper atau penyek: Hidung yang besar tetapi leper biasanya milik seorang yang tidak kaku dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Mereka hanya percaya pada diri sendiri, mudah bergaul dan bersikap berani.
Mancung: Biasanya mereka mempunyai sifat berterus terang dan agak pedas ketika berbicara. Mengagumi diri sendiri, sukar untuk membuat keputusan dan peka terhadap sesuatu perkara.

*** TelingaKecil: Biasanya individu ini sentiasa berasa tidak aman tetapi pada umumnya tahu apa yang mereka inginkan. Individu ini juga tergolong dalam kalangan mereka yang kuat bekerja keras.
Tajam: Bersifat kaku dan tidak santai.Telinga yang berambut: Pemiliknya bersifat cermat dan teliti. Namun, waktu dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk hal-hal yang tidak penting.

*** Dagu dan rahang
Rahang bersegi: Bersifat keras dan memiliki kemampuan untuk membuatkan segala impian yang diinginkan menjadi kenyataan.
Dagu yang menonjol keluar atau runcing: Merasakan dirinya penting dan selalu bercakap benar. Menurut pendapatnya, tidak seorang pun yang benar kecuali dirinya.

*** Pipi
Lesung pipi: Selain membuat individu tersebut tampak menarik, lesung pipi juga menjadi simbol keserasian pemiliknya.

*** BibirTebal: Bersifat murah hati dan senang membicarakan tentang dirinya sendiri.
Tipis: Apabila bentuk bibirnya tipis dan bulat, ia menjadi tanda keperibadian yang tertutup dan peka.
Bibir atas tipis dan bibir bawah tebal: Menunjukkan individu ini jenis seorang yang meyakinkan dalam segala perbicaraan

Wednesday, February 18, 2009

PEtUA CiNTA

1) “Nak panjang pendek-pendekkan, nak pendek panjang-panjangkan”..bermaksud..kalau nak hubungan suami isteri tu berpanjangan..kalau gaduh ke apa ke..pendek-pendekkan rajuk..buangkan marah…cepat berbaik semula..

2) Sekiranya berpeluang pergi ke tepian pantai, kebetulan pula pantai itu berhadapan matahari naik (tak sesuai tengok matahari terbenam-waktu maghrib), duduklah sambil memerhatikan matahari naik. Selepas pasangan anda duduk di tepi pantai itu, lorekkan bentuk hati di sekeliling tempat bakal anda duduk.

3) Selepas pasangan anda pulang dari kerja pasti dia keletihan. Tawarkan dia mandi air panas. Sekiranya tiada kolam sediakan satu kerusi dengan dua baldi air panas. Satu baldi untuk rendaman kaki, dan satu lagi untuk mandian. Lebih manis lagi jika diletakkan sedikit haruman aromatherapy dan anda yang memandikan pasangan anda. Seterusnya berilah peluang kepada dia untuk melelapkan mata dengan memberi ciuman hangat sebelum dia terlena. Pasangkan penghawa dingin atau kipas supaya dia selesa dalam lenanya. Sekiranya anak-anak ada bersama, bawalah mereka bermain di tempat lain.

4) Bercuti berdua……rasanya ramai yang tak gemar kalo tanpa anak-anak kan…..tapi kekadang ia dapat ‘refresh’ kembali hubungan suami isteri…

5) Beri bunga Very Happy . Beri bunga kat suami pun okay apa, kalau suami tak suka bunga gantikan dengan benda lain.

6) Lepak kat coffee house sambil berbual-bual…..rasanya saat ni paling seronok….macam first dating plak… Surprised

7) Tinggalkan nota ringkas untuk isteri/suami. Lekat kat cermin solek atau depan pintu. Bolehlah tulis apa-apa jer tak semestinya I love you atau I miss you saja. Contohnya kalau suami pergi ke pasar dan tak nak bangunkan isteri bolehlah tinggalkan nota macam ni “Abang keluar kejap. Sayang jaga diri bebaik. I love you…”. Supaya bila isteri bangun tak ada lah tercari-cari suami sampai kat luar rumah tu.Kalau jalan-jalan berdua pegang tangan macam orang tengah bercinta dan jangan lupa peluk pinggang.

8) Salah satu cara nak eratkan kasih sayang suami isteri ialah setiap hari pastikan kita peluk pasangan kita selama 30 saat (kalau lebih pun takpe)

9) Setiap kali berdoa selepas solat, doakan DIERATKAN SEERAT-ERATNYA perhubungan kita dgn suami.. sebab biasanya kita berdoa agar keluarga bahagia je.

10) Semasa memasak/ bancuh air - kalimah YA WADUD (Yang Maha Pengasih) iaitu salah satu dari Asmaul Husna kita ucapkan berkali seakan-akan sebati dgn masakan kita tadi.

11) Ayat terakhir ALI IMRAN : lebih kurang gini.. YA AIYYUHALLAZI NA’AMANUSBIRU WASOBIRU WAROBITU WATTAQULLAHALA’ALLAKUM TUPSIRUN.. (Sila rujuk Al-Quran utk bacaan yg betul). Kita lafazkan acapkali sambil pejamkan mata dan bayangkan muka orang-orang yang kita sayang.. suami dan anak-anak. Atau..semasa mereka tido kita ucapkan dan hembus ke ubun-ubun mereka yang sedang nyenyak tu.

{dipetik dari http://blogsagasama.blogspot.com}

Minggu Lepas

Sabtu lepas aku pegi Kajang,teman kakak cari tempat nak buat latihan industri.Malam tu ktorang tido kat rumah kakak yang dekat Kajang.Esoknya kami pergi pula ke IJN, tengok kakak yang nombor 4 masuk wad.ALHAMDULILLAH, dia ok selepas doktor masukkan belon..Yang paling kelakar,masa ktorang sampai kat wad...tengok mak yang tido kat katil tapi kakak tengah dduk kat kerusi,baca paper. Macam mak pla yang sakit..Lebih kurang pukul 1.00 tengahari,abang ipar hantar ktorg ke Pudu.Balik la ke pekan koboi tg.Malim..he3

Monday, February 16, 2009

Cinta Ini Membunuhku


apa guna bercinta jika hanya untuk...
menyakiti,
membohongi,
mencurangi,
membiarkan sepi,
melupakan,
menimbulkan benci,
ku tahu cinta ini tak sempurna,
tak sempurna seperti yang kau inginkan,
mengapa dulu kau semai benih cinta,
jika suatu masa kau ingin menghapus?

Tuesday, February 10, 2009

Kerana Diriku Begitu Berharga

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat sederhana di sebuah kampung dalam daerah Jeli di Kelantan. Kampung aku berada ditengah di antara daerah Jeli dan Tanah Merah. Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana menjadikan aku seorang gadis yang sangat sederhana yang penuh dengan rasa malu dan rasa rendah diri. Aku juga seorang yang sangat rapat dengan keluarga dan manja,mungkin kerana aku sentiasa ada tempat bergantung. Percaya atau x,sampai sekarang aku tidak pernah keluar sorang2 ke bandar atau ke mana2. Biasanya kalau keluar,paling tidak 3 orang akan bersama2 aku selain abang aku yang sentiasa menjadi bodyguard..ha3.Mak dengan ayah memang tak akan benarkan aku keluar sorang2 dengan kakak.

Tempat bergantung maksud aku ialah aku mempunyai seorang kakak kembar dan kami sangat rapat. Sejak dari kecil kami memang tidak pernah berpisah sampai lah sekarang,kami masih belajar ditempat yang sama walaupun berlainan rumah. Kalau ada masalah atau nak bercerita,aku akan pergi ke rumah kakak dan begitu juga dia. Sejak dari darjah 1 sampai upper 6,kami selalu sekelas dan apabila exam kami selalu mendapat keputusan yang lebih kurang sama. Disebabkan kami kembar,kami memang selalu mendapat perhatian. Cerita pasal perhatian ni, kami memang rimas dan serabut. Cuba bayangkan, sejak kecil apabila sedara-mara datang ke rumah, soalan paling popular yang biasa ditanya kat mak dengan ayah ”mana anak kembar?”, ”dah besar rupanya ye”.

Kalau pergi berjalan2,kami memang selalu dipandang dengan muka konpius dan terpinga2,mungkin kerana muka kami agak serupa. Kalau kat sekolah pula,aku dan kakak memang selalu jadi perhatian guru2 dan sekiranya kami jalan sama2 kat sekolah maka akan kedengaran la suara2 sumbang memanggil nama kami. Memang sangat tidak selesa,rasa macam artis pula. Tetapi masa menjadikan kami dapat menerima keadaan itu,kadang2 apabila ada muka2 konpius memandang kami berdua aku dan kakak akan saling berpandangan sambil tersenyum2. Sekali lagi kami berjaya mengkonpiuskan sorang lagi insan yang tak tahu apa2..ha3.

Selain aku, adik bongsu (Azie dan Atie) aku pun kembar juga dan muka dorang pun lebih kurang sama. Aku rasa aku sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga kembar. Sepupu aku sebelah ayah dan anak sepupu sebelah ayah juga ada anak kembar macam kami.

Cerita pasal adik beradik ni,kami memang sangat rapat dan aku ada sorang abang yang selalu menjadi bodyguard walau ke mana jua kami pergi. Aku ada sorang kakak ipar,2 orang abang ipar dan sorang lagi coming soon,8 orang anak sedara. Yang paling besar dah darjah 4 dan paling kecil 1 tahun setengah. Mintak2 la aku akan dapat lagi anak sedara dalam masa terdekat ni,dah lama tak timang anak sedara. Mak aku pula seorang ibu yang sangat suka senyum-macam aku la. Ayah pula lebih banyak diam-mirip aku la juga..he3.
Dalam keluarga,aku dengan kakak kembar lebih mirip ayah dan kami la paling comel(kecil) walaupun dibandingkan dengan adik bongsu. Kadang2 bila sedara-mara jauh datang ke rumah,kami akan disangka sebagai anak bongsu mak dan ayah. Mungkin itu salah 1 faktor yang membuatkan aku lebih manja..

coming soon..

1 Hari di MELAKA




hari yang sgt bahagia

kitaorg kat Belanda

aku sayang dia

nakalnya kami

kami









KiSAH SEORANG AKU




Pangkal huruf nama aku tentunya
F,jadi disini ada serba sedikit tentang diri aku tapi bukan semuanya benar.Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, tanyalah aku sendiri ye kawan2!!
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

Yang ni berdasarkan tarikh lahir aku

Anda sangat peka dan tradisional.
Anda sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Anda hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya Anda lakukan.
Anda suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
Anda mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
Anda berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.


Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar


MAC*
Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan dan tegas.

Monday, February 9, 2009

KENAPA KITA MENUTUP MATA KETIKA TIDUR

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?Ketika kita menangis?Ketika kita membayangkan?
Ini karena hal terindah di dunia TIDAK TERLIHAT…
____
Kita semua agak aneh…dan hidup sendiri juga agak aneh….Dan ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita..kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupayang dinamakan C I N T A . .
_____
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan . .Tapi ingatlah…melepaskan BUKAN akhir dari dunia . .melainkan awal suatu kehidupan baru . . .
_____
Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKAN dirimu. Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas…LAGI..Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya . .tapi..ketika cinta itu mati . . .kamu TIDAK perlu mati bersamanya . .
_____Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang . .MELAINKAN mereka yang tetap T E G A R ketika mereka jatuh. Entah bagaimana…dalam perjalanan kehidupan,kamu belajar tentang dirimu sendiri . . .dan menyadari . . bahawa penyesalan tidak seharusnya ada . . .HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan2 kehidupan yang telah kau buat
_____
TEMAN SEJATI . . . mengerti ketika kamu berkata ” A k u l u p a . .”Menunggu selamanya ketika kamu berkata ” T u n g g u s e b e n t a r “Tetap tinggal ketika kamu berkata ” T i n g g a l k a n a k u s e n d i r i“Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata ” B o l e h k a h s a y a m a s u k ?”
_____
MENCINTAI . . . BUKANlah bagaimana kamu melupakan . . .melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN . .BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan . . .melainkan bagaimana kamu MENGERTI . . .BUKANlah apa yang kamu lihat . . .melainkan apa yang kamu RASAKAN . .BUKANlah bagaimana kamu melepaskan . . .melainkan bagaimana kamu BERTAHAN . . .
_____Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati . .Dibandingkan menangis tersedu2 . . .Air mata yang keluar dapat dihapus .sementara air mata yang tersembunyi ,menggoreskan luka yang tidak akan pernah H I L A N G . . .
_____Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang . .Tapi ketika CINTA itu T U L U S , meskipun kalah,kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia . . .dapat mencintai seseorang . .LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri . . .
_____Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita MELAINKAN karena kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
_____Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia . .jangan percaya bahawa melepaskan SELALU bererti kamu benar2 mencintai MELAINKAN . BERJUANGLAH DEMI C I N T A M U ( ” Fight For Your Dream” )
Itulah: C I N T A S E J A T I . . .bukannya seperti: ” Easy Come . . . Easy Go “
_____
Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang “yang tersedia”Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai DARIPADA orang yang berada di “sekelilingmu”Lebih baik menunggu orang yang tepat kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang dengan hanya“seseorang”
_____
Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang membawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari.
{dipetik dari http://sayangdibuang.blogspot.com}

APA iTU CiNTA?


Apa Itu Cinta?
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”

Thursday, January 22, 2009





HIDUP TANPA WANITA


Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun Women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandung-kan lelaki- lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan " wan-wan" lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan. LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah,Rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, PIMPINLAH DIRI SENDIRI

Wednesday, January 21, 2009

JIKA AKU JATUH CINTA



Ya Allah. . .
Jika aku jatuh cinta
Cintakan aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu

Ya Muhaimin. . .
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar aku tak terjatuh dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana. . .
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul ‘Izzati. . .
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah. . .
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu
Melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
Di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya Allah. . .
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang
Menyeru manusia kepada-Mu

Ya Allah. . .
Jika Kau halalkan aku
Merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki
Dan rindu abadi
Hanya kepada-Mu. . .

SeDeTiK cUmA










Wanita memang penuh rahsia. Disanjung dan di sayang disejagat maya sepenuh masa.
Wanita sebagai ibu, teriktiraf disetiap dada.
Wanita sebagai kekasih, terbayang pada setiap tubir mata.
Wanita sebagai isteri, terkenang pada setiap lubuk hati manusia.
Wanita sebagai wanita, terukir dalam kitabullah.Siapa yang mampu menyangkalnya?