Monday, February 28, 2011

Dy Yang Telah Pergi

Masa sangat cepat berlalu, suda 6 bulan lebih dy pergi meninggalkan kami sekeluarga…insan yang selalu bersama kami, bersama sy sejak arwah lahir lagi. Kami yang menjaganya sejak dari umo 1 hari sehingga umo 10 tahun. Insan yang sy maksudkan adalah anak saudara sy yang pergi meninggalkan kami semua pada malam raya yang pertama iaitu pada 9/9/11 pukul 11 setengah malam. Pada malam kami sedang sibuk menyiapkan persiapan raya, tanpa kami sedar arwah sedang melalui detik2 akhir dalam hidupnya. Saya hanya sempat menjenguknya sekali di hospital sepanjang 5 hari arwah di hospital. Pada bulan puasa yang lepas, selama dua minggu arwah mengadu sakit perut tetapi kami tidak sedar yang sakit itu yang telah meragut nyawanya dan meninggalkan kami semua. Pada saat terakhirnya, arwah meminta ingin beraya di rumah bersama kami semua dan ingin melihat baju rayanya yang tidak sempat dipakai malah tak sempat untuk melihatnya kerana kami tersilap membawa baju raya kakaknya ke hospital..yang paling kami terkilan ialah kami hanya tahu penyakitnya selepas dy ‘pergi’. Dy ‘pergi’ kerana ada tumor dalam perut, pada umo 10 tahun arwah suda menanggung sakit yang kami sebagai orang dewasa pun tidak tertanggung. Pada saat2 akhir, memang jelas nampak perubahan sikap arwah yang lebih rajin menolong, kurang bercakap dan mendengar kata…pada malam raya, mayat arwah dibawa pulang dan pada pagi raya arwah selamat dikebumikan. Sy sempat berbakti untuk kali terakhir kepada arwah, sy tolong pangku arwah semasa arwah dimandikan untuk kali terakhir. Sy da tak mampu menulis lagi, tak tahan rindu..sob3

No comments:

Post a Comment