Monday, February 28, 2011

tentang perasaan ini

Pagi sabtu pagi yang sunyi…macam tu juga la perasaan sy skrg ni. Bangun2 je pagi tadi, sy pandang henpon yang da 3 tahun tak bertukar baru tu ade mesej masuk. Pelik juga, sape la yang rajin ‘mempos’ mesej kepada sy pagi2 ni. Apa lagi, dengan penuh tanda tanya dihati, sy terus tekan open dan mesej inilah yang telah menganggu gugat perasaan sy ini. Sy dapat mesej daripada x-bf sy masa form 6 dulu yang suke ati je tuduh saya bukan2. Da la dy tuduh tanpa usul periksa kononnya dy dapat info daripada ‘seseorang’. Ade ke patut, kalau benda tu betul tak ape la juga tapi masalahnya disini ialah sangat salah dan menyebabkan dada sy sesak...rasa nak marah orang. Memang masa tu rasa sangat tak keruan, rasa geram, keciwa, sedey sume ade..tak tergambar dengan perasaan. Ade ke patut dy tuduh sy curang ms kapel ngn dy dulu..Dy kata sy ade hubungan ngn bf sy skrg ni semasa saya masih kapel ngn dy..padahal masa sy declare ngn bf skrg ni, sy memang da tak ade ape2 hubungan da ngn dy. Geram sangat ngn orang yang bawak cite yang bukan2 ni, dy telah menfitnah sy, dy telah membuatkan hati sy tak tenteram dan dy juga telah membuatkan hati seorang lelaki baik (x-bf) tidak percayakan perempuan lagi…saya teringat kisah2 sy yang lepas, kena tipu ngn seorang lelaki, sy xmo dy pn merasai apa yang sy rasa..masalahnya sy xtipu dy pun, sy kapel ngn bf sy skrg ni selepas clash lame sangat ngn dy..so memang sy xsalah. Dan untuk pengetahuan dy, sy tak penah main perasaan ngn org lain masa ngn dy. Bila sy terangkan hal sebenar, dy macam da xpercaya kan sy..dy kata dy keciwa cz sy kapel ngn orang yg dy kenal sangat2 tp dy xtau pun cite 2..takkan la sy nak canang kisah cinta sy kepada sume orang kn…jd, memang hati sy sangat tak selesa bukan kerana dy da tahu hal sebenar tapi kerana sy dituduh benda yg sangat salah. Pada sy, sangat penting untuk dy tahu yang sy xpenah tipu dy kerana hubungan kami baik selama ini. Sy tak mahu kerana mulut orang, hubungan kami jadi tak baik dan dy takkan menjauhkan hatinya pada mana2 perempuan pun. Jangan kerana sy, dy da tak percayakan perempuan lain kerana sy mahu dy bahagia macam sy juga. Dy berhak untuk bahagia kerana dy seorang lelaki yang baik..sy je yang tak baik kerana meninggalkan dy dulu tapi sy percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan setiap yang baik pasti akan mendapat yang baik juga daripada-NYA.

Dy Yang Telah Pergi

Masa sangat cepat berlalu, suda 6 bulan lebih dy pergi meninggalkan kami sekeluarga…insan yang selalu bersama kami, bersama sy sejak arwah lahir lagi. Kami yang menjaganya sejak dari umo 1 hari sehingga umo 10 tahun. Insan yang sy maksudkan adalah anak saudara sy yang pergi meninggalkan kami semua pada malam raya yang pertama iaitu pada 9/9/11 pukul 11 setengah malam. Pada malam kami sedang sibuk menyiapkan persiapan raya, tanpa kami sedar arwah sedang melalui detik2 akhir dalam hidupnya. Saya hanya sempat menjenguknya sekali di hospital sepanjang 5 hari arwah di hospital. Pada bulan puasa yang lepas, selama dua minggu arwah mengadu sakit perut tetapi kami tidak sedar yang sakit itu yang telah meragut nyawanya dan meninggalkan kami semua. Pada saat terakhirnya, arwah meminta ingin beraya di rumah bersama kami semua dan ingin melihat baju rayanya yang tidak sempat dipakai malah tak sempat untuk melihatnya kerana kami tersilap membawa baju raya kakaknya ke hospital..yang paling kami terkilan ialah kami hanya tahu penyakitnya selepas dy ‘pergi’. Dy ‘pergi’ kerana ada tumor dalam perut, pada umo 10 tahun arwah suda menanggung sakit yang kami sebagai orang dewasa pun tidak tertanggung. Pada saat2 akhir, memang jelas nampak perubahan sikap arwah yang lebih rajin menolong, kurang bercakap dan mendengar kata…pada malam raya, mayat arwah dibawa pulang dan pada pagi raya arwah selamat dikebumikan. Sy sempat berbakti untuk kali terakhir kepada arwah, sy tolong pangku arwah semasa arwah dimandikan untuk kali terakhir. Sy da tak mampu menulis lagi, tak tahan rindu..sob3