Sunday, July 7, 2013

alhamdulillah

syukur setelah sekian lama duduk berjauhan dengan incik suami ucuk asam sy akhirnya Allah makbulkan doa kami utk hidup bersama

blog@sawang

alamak..blog ni dah bersawang penuh kt wall

Tuesday, January 8, 2013

2013 datang

moga2 tahun baru memberi seribu kenangan manis dan sinar baru kpd kita semua..Amin

Monday, October 1, 2012

dia di sana aku disini

macamne nak mula iyer..hurmm..dugaan hidup berjauhan memang satu-satunya dugaan dalam rumahtangga kami sekarang ni. aku rindukan b,mesti dia rindu aku jugak kikikiki..hujung tahun ni b da abes latihan kat PD dan dapat cuti 2 minggu sebelum tauliah..yahooo beronok-ronok. tapi nak tunggu lagi 3 bulan memang amat seksa zahir dan batin..batin?ofkos la dek non..kami kan da jadi suami isteri yang sah ofkos la sangat perlukan nafkah batin..huhuhu (amaran 18 tahun ke bawah tutup hidung eh tutup mata)

kami jumpa pun jarang-jarang.Tahun ni je boleh kira dengan jari berapa kali kami jumpa..paling sikit pun sebulan lebih skali kalau tak 2 or 3 bulan sekali..ha cuba korang bayangkan.Bila cerita pasala rindu tak payah cakap la da berguni-guni rindu ni tp paling syok b tak pernah abaikan aku. dia sangat caring. aku rasa aku lagi bahagia daripada pasangan yg duduk dekat walaupun kami duk jauh..kena la berkorban sikit untuk dapat gelaran Tuan..Ble anak2 buah panggil b tuan maka aku pun otomatik dapat gelaran Puan hehe..rindu b

Thursday, September 27, 2012

sayangkan anak tangan-tangankan
sayangkan isteri tinggalkan-tinggalkan

hurmm...sangat-sangat tak bersetuju dengan pepatah ni..pepatah ek? pepatah,pepatung,patah-patahkan or peribahasa???huhuhu
Add caption

Wednesday, September 26, 2012

Ya Allah betapa rindunya dekat suami terchinta. besarnya dugaan hidup berjauhan ni..plss la bersyukur bg pasangan yg duduk bersama dan berdekatan.Tapi paling best bila berjumpa bila da lama tak jumpa..satu nikmat bila dapat berjumpa dengan incik suami..Seksa bila tak jumpa sampai berbulan-bulan..hurmm.Ya Allah lindungilah suamiku daripada sebarang perkara yang Engkau murka dan larang, cenderungkan lah hatinya kepada hatiku sehingga ke akhir hayat kami.

Wednesday, September 28, 2011

gaya PELIKS..geli maks

Tengah2 busan ni saya teringin pula nak share pasal fesyen anak gadis2 kita sekarang ni..sekali tinguk memang santiks dan bergaya mengalahkan retis tapi tinguk duk kedua kalinya naik meluat pon ade.Pelik semacam,kadang2 cian pon ade kt dorg ni..macam da jadi mangsa pesyen.Tambah2 ngan gaya tudung yang masyam2,belit sana belit sini..tak rimas ke dik oi.Niat utama nk tutup aurat pon da jadi lain macam tau.isk2 ape nk jadi la..

Sunday, September 25, 2011

skincare

semenjak dua menjak ni muka saya makin banyak la pula jerawat melaporkan dirinya bersama kawan-kawan beliau..patutnya orang kata masa awal2 remaja jerawat akan naik tapi makin umur meningkat ni makin nak naik pula...konpius.masa zaman skola dulu muka maintain licin halus gebu jek.bila da keja ni pula beliau nak mencapap.maybe nak stabilkan hormon ni kot..hurmm,demi mendapatkan kulit yang santik la sangat,maka saya berusaha mencari produk yang boleh mengurangkan jerawat ni,tambah2 kt bahagian dagu ni.saya try pakai SK-II facial treatment essence yang 30ml tp pakai tak abes pon cz macam menaikkan jerawat jek..hurm,lepas tu saya sambung pakai nuriz yang night cream bole la tahan cz da beberapa bulan berenti pakai.sekarang ni saya try pula pakai MJ care mask yang herb punya,then sekarang ni saya try amek suplemen blackmore vitamin E untuk kulit.maklum la nak makan sayur hari2 jangan harap la kan..hu3.jadi makan vitamin E dalam bentuk kapsul ni bagus la tuk makanan harian kita..kita tengok kesannya nanti cz nak santik ni kena sabar tau..

masuk GUA

Hari sabtu 24 sept 2011,saya dengan muka tidak malu telah join ekspedisi menjelajah Gua Tempurung bersama rombongan sekolah SEMTAA. Mula-mula Hana my hosmet ajak, maka saya dengan senang hati lagi gumbira menerima pelawaan beliau..hehehe.Betapa seronoknya mendaki 660 anak tangga bersamaan 10 tingkat bangunan, turun gelongsor and then masuk dalam i dengan merangkak..kuang kuang kuang.Nanti nak bawak rombongan student SMKDA la pula masuk Gua Tempurung ni..coming soon

Wednesday, September 7, 2011

our BiG day

31 Ogos 2011
tarikh paling bermakna dalam hidup kami berdua. akhirnya kami ditunangkan dalam majlis yang serba ringksa tetapi sangat meriah.tambahan pula pada hari raya ke-2,ramai sedara mara yang datang memeriahkan majlis kami. setelah menjalinkan hubungan hampir 5 taun,selangkah lagi kaki kami akan memasuki alam rumahtangga. tak sia-sia kami menyemai benih cinta walaupun banyak dugaan dalam menempuh percintaan jarak jauh..heppy sangat sangat sangat
enjoy this pic

Thursday, August 11, 2011

bulan BERKAT

hari ni da genap 12 hari kita berpuasa..moga2 ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah swt.Berpuasa di rantau orang memang jauh berbeza ngan puasa kat umah bersama family..kalau kat umah sume mak yang sediakan,mak yang manjakan..tapi bile da jauh ngn family memang terasa sangat sayu dan sedey.Tapi sebenarnya pengalaman itu menjadikan aku lebih kuat dan tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh ranjau berduri..chewahhhhh.Tak tahan ayat..aci x?huhuhu


celotehmengarutadaisibyakudara

Tuesday, June 21, 2011

19 Jun 2011

henpon sy menerjunkan dirinya ke dalam tasik tepeng..huhuahuahuahuahauhu
mula2 diam kejap and them menjerit sekuat ati kt tasik tepeng tu.xleh trima kenyataan jap

Monday, February 28, 2011

tentang perasaan ini

Pagi sabtu pagi yang sunyi…macam tu juga la perasaan sy skrg ni. Bangun2 je pagi tadi, sy pandang henpon yang da 3 tahun tak bertukar baru tu ade mesej masuk. Pelik juga, sape la yang rajin ‘mempos’ mesej kepada sy pagi2 ni. Apa lagi, dengan penuh tanda tanya dihati, sy terus tekan open dan mesej inilah yang telah menganggu gugat perasaan sy ini. Sy dapat mesej daripada x-bf sy masa form 6 dulu yang suke ati je tuduh saya bukan2. Da la dy tuduh tanpa usul periksa kononnya dy dapat info daripada ‘seseorang’. Ade ke patut, kalau benda tu betul tak ape la juga tapi masalahnya disini ialah sangat salah dan menyebabkan dada sy sesak...rasa nak marah orang. Memang masa tu rasa sangat tak keruan, rasa geram, keciwa, sedey sume ade..tak tergambar dengan perasaan. Ade ke patut dy tuduh sy curang ms kapel ngn dy dulu..Dy kata sy ade hubungan ngn bf sy skrg ni semasa saya masih kapel ngn dy..padahal masa sy declare ngn bf skrg ni, sy memang da tak ade ape2 hubungan da ngn dy. Geram sangat ngn orang yang bawak cite yang bukan2 ni, dy telah menfitnah sy, dy telah membuatkan hati sy tak tenteram dan dy juga telah membuatkan hati seorang lelaki baik (x-bf) tidak percayakan perempuan lagi…saya teringat kisah2 sy yang lepas, kena tipu ngn seorang lelaki, sy xmo dy pn merasai apa yang sy rasa..masalahnya sy xtipu dy pun, sy kapel ngn bf sy skrg ni selepas clash lame sangat ngn dy..so memang sy xsalah. Dan untuk pengetahuan dy, sy tak penah main perasaan ngn org lain masa ngn dy. Bila sy terangkan hal sebenar, dy macam da xpercaya kan sy..dy kata dy keciwa cz sy kapel ngn orang yg dy kenal sangat2 tp dy xtau pun cite 2..takkan la sy nak canang kisah cinta sy kepada sume orang kn…jd, memang hati sy sangat tak selesa bukan kerana dy da tahu hal sebenar tapi kerana sy dituduh benda yg sangat salah. Pada sy, sangat penting untuk dy tahu yang sy xpenah tipu dy kerana hubungan kami baik selama ini. Sy tak mahu kerana mulut orang, hubungan kami jadi tak baik dan dy takkan menjauhkan hatinya pada mana2 perempuan pun. Jangan kerana sy, dy da tak percayakan perempuan lain kerana sy mahu dy bahagia macam sy juga. Dy berhak untuk bahagia kerana dy seorang lelaki yang baik..sy je yang tak baik kerana meninggalkan dy dulu tapi sy percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan setiap yang baik pasti akan mendapat yang baik juga daripada-NYA.

Dy Yang Telah Pergi

Masa sangat cepat berlalu, suda 6 bulan lebih dy pergi meninggalkan kami sekeluarga…insan yang selalu bersama kami, bersama sy sejak arwah lahir lagi. Kami yang menjaganya sejak dari umo 1 hari sehingga umo 10 tahun. Insan yang sy maksudkan adalah anak saudara sy yang pergi meninggalkan kami semua pada malam raya yang pertama iaitu pada 9/9/11 pukul 11 setengah malam. Pada malam kami sedang sibuk menyiapkan persiapan raya, tanpa kami sedar arwah sedang melalui detik2 akhir dalam hidupnya. Saya hanya sempat menjenguknya sekali di hospital sepanjang 5 hari arwah di hospital. Pada bulan puasa yang lepas, selama dua minggu arwah mengadu sakit perut tetapi kami tidak sedar yang sakit itu yang telah meragut nyawanya dan meninggalkan kami semua. Pada saat terakhirnya, arwah meminta ingin beraya di rumah bersama kami semua dan ingin melihat baju rayanya yang tidak sempat dipakai malah tak sempat untuk melihatnya kerana kami tersilap membawa baju raya kakaknya ke hospital..yang paling kami terkilan ialah kami hanya tahu penyakitnya selepas dy ‘pergi’. Dy ‘pergi’ kerana ada tumor dalam perut, pada umo 10 tahun arwah suda menanggung sakit yang kami sebagai orang dewasa pun tidak tertanggung. Pada saat2 akhir, memang jelas nampak perubahan sikap arwah yang lebih rajin menolong, kurang bercakap dan mendengar kata…pada malam raya, mayat arwah dibawa pulang dan pada pagi raya arwah selamat dikebumikan. Sy sempat berbakti untuk kali terakhir kepada arwah, sy tolong pangku arwah semasa arwah dimandikan untuk kali terakhir. Sy da tak mampu menulis lagi, tak tahan rindu..sob3

Friday, October 15, 2010

edisi konvo

sayer da konvo...selesai jugek akhirnya setelah 4 taun mengharung detik2 i2

Monday, September 28, 2009

Jauh Disudut Hatiku..

Setelah cuti raya seminggu, saya kembali meneruskan kehidupan sebagai pelajar yang mempunyai banyak tanggungjawab yang tidak tertanggung tanpa kecekalan dan kesabaran. Pejam celik pejam celik selesai sudah kita beraya sesudah puasa sebulan menahan segala nafsu. Tetapi saya bersyukur kerana pejam celik pejam celik saya masih dalam keadaan celik dan tidak pejam-pejam sampai bila-bila. Semasa raya, satu peristiwa yang berlaku dalam hidup saya dan yang paling memberikan kesan adalah bapa saudara saya telah pergi selama-lamanya mengadap ILAHI. Abang kepada ayah saya yang sulung pergi selama-lamanya pada 4 syawal dan saya bersyukur kerana sempat menatap wajahnya buat kali terakhir sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Pak cik pergi setelah beberapa bulan isterinya pergi menghadap ILAHI. Memang betul-betul cinta sejati lah..al-fatihah.

Saya sempat berjumpa dengan beberapa kawan baik semasa zaman sekolah yang telah lama saya tinggalkan tetapi masih segardalam ingatan. Salah seorangnya kawan sepermainan saya semasa kecil dahulu yang sangat kamceng dan dia lah tempat sayabergantung semasa dibuli sewaktu kecil dahulu..he3. sebenarnya dia sudah 6 bulan berkahwin dan sedang mengandung anak pertama dan bakal melahirkan bulan 12 nanti..Insyaallah. Semasa melihat dia datang beraya dengan perutnya yang makin membesar, saya sangat teruja untuk menyentuh perutnya. Tiba-tiba saya rasa sangat sedih dan membandingkan dengan diri saya dan betapa bahagianya dia. Sebentar lagi kehidupan dia akan lengkap sebagai seorang wanita dengan kehadiran seorang anak. Saya tidak melepaskan peluang menyentuh perutnya dan awal2 lagi saya sudah tempah anak yang bakal lahir itu untuk menjadikan sebagai anak angkat saya. Betapa bahagianya perasaan yang bakal bergelar seorang ibu dan saya pun turut merasai perasaan kawan saya itu.

Satu lagi peristiwa yang menyentuh hati saya apabila abang angkat yang sangat saya sayang dan kasih telah melangsungkan perkahwinan pada 7 syawal yang lalu. Sukar untuk saya ungkapkan perasaannya disini iaitu perasaan kehilangan seorang abang walaupun dia hanyalah seorang abang angkat tempat saya menumpang kasih sayang. Sedihnya rasa bila dia sudah selesai bergelar seorang suami, sedih apabila memikirkan akan berkurangkah perhatian dan sayang terhadap saya seperti sebelum berkahwin, sedihnya apabila memikirkan akan perubahan diri abang...hu3. Saya akui dan sedar saya sangat tamak dalam mendapatkan kasih sayang dan sangat cemburu dalam bab2 kasih sayang ni..tetapi saya sedar abang berhak mendapatkan kebahagiaannya sendiri dan saya sendiri akan bertemu dengan kebahagiaan saya yang entah bila akan muncul tiba. Walau apapun, saya sangat sayangkan abang saya seorang itu, yang sangat pandai memanjakan diri ini..hu3.

Wednesday, September 2, 2009

blurrr

Hari ni aku rasa ‘down’ sangat cz aku kena marah ngn seseorang..bencinya aku kat dia. Lepas ni tobat tak nak dah jumpa dan tengok muka dia. Bulan puasa ni memang la kita kena kawal kemarahan kita kan, tapi tak boleh tahan la. Rasa sangat benci, nak nangis pun ada juga..Bad day betul la. Fuh! Tak boleh nak luahkan macam mana rasa tu, hanya orang yang pernah rasa je akan tau betapa tak tahannya aku bila kena marah tu. Masa kena marah tu aku hanya mampu diam je, tahan perasaan dan tahan air mata nak keluar. Nasib baik aku mampu tahan air mata tu daripada jatuh, kalau tak malu dan mesti la tercabar ego aku..bila dah balik bilik, terhambur semua la air mata bernilai aku tu. Lepas bangun tidur dan roomate ajak borak baru la ok ckit emosi aku. Tak pe la, aku maafkan la orang yang marah aku tu sedangkan kesalahan aku tak ada la besar sangat sampai boleh memudaratkan sesiapa pun..

Tuesday, August 25, 2009

fall in LOVE??

Macam mana rasa bila jatuh cinta? Fall in love..urmm, rasa dunia kita yang punya kan. Rasa dunia berhenti berputar, macam bagi penghormatan la kunun. Tapi orang kata, bila kita dah cinta, kasih dan sayang kat somebody tu, kita akan cuba menjaga hati dan perasaannya dengan sebaik mungkin melebihi menjaga hati sendiri. Walaupun pada waktu tu kita sedang marah kan dia or perbuatannya, marah tu sekejap je. Tak sampai hati nak marah buah hati kita tu lama-lama. Ala, macam lagu Black ”dua hati menjadi satu”. Walaupun marah, kita akan cuba kawal kemarahan sebab tak sanggup tengok dia diamarahi. Kalau marah pun, sekejap je la. Bangun pagi-pagi dah hilang rasa marah tu. Ya la, macam mana nak marah kalau perasaan cinta, rindu dan sayang melebihi rasa marah kan. Rasa rindu kat somebody tu sangat kuat melebihi rindu pada family pula kan. Hanya orang yang pernah jatuh cinta je akan faham perasaan tu. Bangun pagi, perkara pertama yang terlintas kat fikiran ni, hanya dia. Kalau dah lama tak jumpa dia, semua benda tak menjadi, asyik nak mengamuk aje.

Satu lagi ni, apabila teringatkan dia secara automatik jantung kita akan berdegup kencang seolah-olah dah tak nak berhenti. Jantung berdegup kencang sebab takut dia dirampas atau jadi milik orang lain. Bila jumpa dia mula la tersipu-sipu malu. Semua benda tak kena, nak cakap lain tercakap lain. Lepas tu mula la asyik senyum, tersengih-sengih..hu3. Apabila mendengar suaranya, kita akan tersenyum tanpa sebab. Macam orang sakit jiwa, angau semacam. Kalau ternampak something yang ada kaitan dengan kenangan bersama mula la tersenyum sorang-sorang. Apabila melihat dia, kita tidak akan peduli orang sekeliling dan kita akan hanya nampak dia seorang. Walaupun datang lelaki or perempuan secantik mana pun, dia tetap paling kacak or cantik dimata kita.

Lepas tu mula la berjinak-jinak dengar lagu balada jiwang walaupun sebelum ni kita kutuk giler sape2 yang dengar lagu jiwang..ha3. Lagu yang lirik-liriknya berkaitan cinta rasa macam kena aje dengan kisah cinta kita di samping kita akan senyum sorang-sorang. Yang paling best, kita akan terhidu-hidu bau dia. Even selisih dengan orang lain pun tapi kalau dia pakai perfume yang sama..rasa macam dia ada di samping kita pula dan selalu merindui bau dia..satu lagi, kita akan still teringat sifat manja dia..sweet sangat. Even segagah mana pun dia sebagai lelaki tetapi dia ibarat kanak-kanak kecil yang inginkan belaian dan kasih sayang. So, kalau kita dah terlanjur cinta kat somebody tu jagalah hati dia elok-elok. Dan jangan terfikir untuk tinggalkan dia or putuskan hubungan hanya disebabkan satu salah faham or perkara yang remeh temeh. Bukan senang nak mendapatkan sekeping hati yang luhur.. semoga saya temui cinta saya

Monday, August 24, 2009

JADiLAH

jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari satu bunga ke satu bunga yang lain, dari satu tangkai ke satu tangkai yang lain dan dari satu taman ke satu taman yang lain.

Atau jadilah seperti lebah, makan dari yang baik dan mengeluarkan yang baik. bila hinggap pada ranting, ia tidak mematahkannya, menghisap sari bunga tanpa menyegatnya, mengeluarkan madu tanpa menyegat, terbang dengan membawa kecintaan, dan hinggap dengan membawa kasih sayang. Ia mempunyai suara dengungan bagaikan berita gembira dan suara desingan bagaikan ungkapan kepuasan, seakan-akan ia bagaikan malaikat yang ada di langit turun ke bumi dari alam yang kekal.